Tentang

TENTANG KAMI

Kami merupakan laman web pertama di Malaysia yang menyediakan informasi mengenai Pembedahan Tangan Berpeluh dan membantu para pesakit berhubung dengan doktor pakar untuk masalah Hyperhidrosis.

Dengan berkongsi maklumat berkaitan Hyperhidrosis, kami berhasrat membantu anda untuk memahami lebih jelas mengenai masalah ini. Kami juga bekerjasama dengan beberapa doktor pakar bedah yang hebat di Malaysia untuk membantu dan berunding dengan anda mengenai masalah Hyperhidrosis ini.

Hubungi kami hari ini dengan mengajukan soalan dan kami akan sedaya upaya untuk menjawab segala pertanyaan yang diberikan. Bukan itu sahaja, kami juga boleh mengesyorkan doktor yang terbaik untuk anda.

TENTANG HOSPITAL

Pesakit mempunyai 2 pilihan hospital sewaktu ingin menentukan hospital yang manakah sesuai untuk melakukan rawatan Hyperhidrosis. Antara hospital yang terbaik adalah iHeal Medical Centre dan Prince Court Medical Centre. Keputusan bergantung kepada cita rasa dan anggaran kos pesakit.

Setiap hospital dilengkapi dengan alatan teknologi yang terbaru, dan mempunyai pasukan jururawat yang mesra dan profesional. Anda akan mendapat rawatan yang terbaik dan ramai pesakit yang berpuas hati dengan rawatan yang diberikan.

HARGA PAKEJ UNTUK HYPERHIDROSIS

Sesetengah hospital menyediakan pakej dengan harga yang berpatutan untuk membantu anda merawat masalah berpeluh berlebihan di tangan, kaki, muka dan anggota badan lain. Hyperhidrosis boleh dirawat secara kekal dengan harga yang murah dan berpatutan.