Terdapat beberapa bahagian di anggota badan yang kerap berpeluh berlebihan:
Palmar hyperhidrosis - berpeluh berlebihan di tapak tangan
Axillary hyperhidrosis - berpeluh berlebihan di ketiak
Pedal hyperhidrosis - berpeluh berlebihan di kaki (Berpeluh di tangan boleh berhubung dengan kaki)
Facial hyperhidrosis/blushing - berpeluh berlebihan di muka
Tahap keparahan bergantung kepada bagaimana hyperhidrosis memberi kesan kepada kehidupan seharian anda. Ia boleh menyebabkan pengasingan sosial, kemurungan dan kegelisahan. Tambahan lagi, ia boleh menjadi satu tanda masalah kesihatan yang serius. Anda bijak mendapatkan nasihat doktor.
Berhubung dengan doktor jika:
Anda berpeluh secara berlebihan dan tidak normal
Anda berpeluh tanpa sebab seperti bersenam atau sewaktu cuaca panas
Tidak, tetapi jika dibiarkan tanpa dirawat, ia boleh menyebabkan seseorang merasakan kekurangan harga diri dan keyakinan. Secara umum, jika anda berpeluh secara berlebihan disebabkan orang ramai memandang anda, bukan sewaktu anda seorang diri, itu dinamakan fobia sosial. Anda takut orang lain akan menghakimi anda sebagai seseorang yang gementar dan tidak stabil, maka anda tidak mahu bersosial atau berhubung dengan mereka.
Hyperhidrosis tidak akan sembuh jika anda tidak mendapatkan rawatan. Ia boleh menjadi semakin teruk disebabkan emosi, stress dan cuaca panas.
Rawatan sendiri tidak membantu. Gaya hidup mungkin membantu tetapi ia terhad:
memakai pakaian longgar dan ringan
elak pencetus hyperhidrosis seperti arak dan makanan pedas yang boleh menyebabkan anda berpeluh teruk
memakai pakaian bewarna hitam atau putih untuk mengurangkan tompokan peluh
Di Asia Tenggara, hyperhidrosis mempengaruhi kira-kira 3% daripada masyarakat manakala Amerika Syarikat mempengaruhi 2.8% daripada penduduk di sana.
Ya, terdapat banyak pesakit yang melaporkan bahawa ibu bapa dan saudara-mara yang mengalami hyperhidrosis seperti mereka, jika bukan saudara-mara, mungkin saudara jauh. Selain itu, ramai pesakit yang tidak sedar akan sejarah keluarga yang mempunyai hyperhidrosis.
Ya, selalunya kanak-kanak mendapatkan rawatan seperti antiperspirant dan iontophoresis. Botox dan pembedahan tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan pembedahan ini untuk seseorang yang berusia 12 tahun ke atas.
Kami boleh melakukan pembedahan melalui video untuk pesakit yang mengalami masalah berpeluh secara berlebihan. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan pembedahan ini untuk seseorang yang berusia 12 tahun ke atas.
Kesakitan sangat minimum. Walau bagaimanapun, anda mungkin merasa tidak selesa di bahagian dada selepas pembedahan.
Anda boleh mendapatkan solusi terpantas. Tangan anda akan menjadi kering.
Tiada tindakan lanjut diperlukan selepas pembedahan.
Berdasarkan pengalaman kami, tahap kepuasan pesakit adalah 5 daripada 5.
Ia hanya mengambil masa sebanyak 15 minit sahaja.
Ya, ada kemungkinan berulang. Walau bagaimanapun, peluangnya tidak tinggi. Beberapa pesakit mungkin mengadu bahawa mereka masih berpeluh setelah pembedahan.
Jarang jika dilakukan dengan betul
Peluh boleh berlaku di bahagian tubuh yang berlainan (di bahagian belakang, paha, perut, punggung) tetapi boleh diterima pada kebanyakan pesakit
Kebanyakan pesakit mengambil masa dalam 48 jam untuk bebas dari sakit dan mereka pulih sepenuhnya dalam 2 minggu.
Perlu diingat bahawa prosedur pembedahan untuk rawatan berpeluh berlebihan dianggap sebagai pembedahan besar dan memerlukan latihan khas. Sekiranya anda mempertimbangkan rawatan pembedahan, pastikan pakar bedah anda terlatih dan mendapat maklumat mengenai penyelidikan terkini.
Jangan simpan soalan anda selama-lamanya. Kami disini cuba membantu anda dengan memberikan jawapan yang terbaik untuk soalan yang anda ingin ajukan.