Testimonial

Menjalani kehidupan dengan tangan berpeluh selama lebih dari 50 tahun merupakan satu kelemahan besar dari segi sosial dan bahkan dalam kerjaya saya. Agak melecehkan apabila saya perlu sentiasa menyapu tapak tangan pada pakaian atau sapu tangan saya sebelum berjabat tangan atau melakukan kerja. Berpeluh tidak mampu dikawal.

Saya telah mencuba pelbagai jenis rawatan yang disyorkan oleh rakan dan pakar kulit. Pada suatu hari, saya melayari laman Google untuk mendapatkan rawatan, tetapi tidak ada yang berjaya. Secara kebetulan saya membaca artikel dalam talian mengenai pembedahan hyperhidrosis / ETS tetapi rawatan tersebut hanya ada di luar negara. Oleh itu, selepas saya mendengar bahawa Malaysia menyediakan rawatan hyperhidrosis, saya dan anak perempuan saya, yang juga menderita keadaan yang sama, dan kami menjalani rawatan tersebut. Hari ini, saya benar-benar terlupa dengan penderitaan saya alami selama bertahun-tahun ini. Tapak tangan saya benar-benar kering buat selamanya.

Francis

Sebelum saya menjalani pembedahan ETS, saya mengalami kesukaran sewaktu menyalin nota atau membuat kerja sekolah saya. Saya berasa kurang yakin sewaktu berjabat tangan dengan sesiapa sahaja.

Selepas pembedahan, membuat kerja rumah bukanlah sesuatu yang meremehkan seperti sebelum ini dan saya rasa lebih yakin apabila ingin berjabat tangan dengan orang lain. Saya juga mendapati bahawa saya tidak perlu lagi menyapu tapak tangan kerana berpeluh.

Keesha

Keadaan tapak tangan Keesha selepas pembedahan

Selepas pembedahan, tangan saya terasa kering sepenuhnya! Saya tidak dapat bayangkan betapa lain rasanya. Saya tidak perlu lagi membawa barang untuk mengeringkan tangan saya pada setiap masa dan saya rasa lebih bebas dan normal dari sebelum ini - terima kasih.

Secara keseluruhannya, saya berasa sangat gembira kerana saya hanya berpeluh disebabkan panas dan bukannya sewaktu sejuk atau sedang berehat.

Setiap kali saya ingin melakukan aktiviti yang menggunakan tangan, saya berasa lega dan bukannya gelisah lagi, saya sangat teruja! Saya juga baru sahaja memulakan kerjaya di industri kewangan (bersemuka) - sesuatu yang menakutkan buat saya sebelum melakukan pembedahan.

Hannah

Tiada apa-apa yang bahaya berlaku ke atas badan saya. Selepas pembedahan, saya mudah untuk melakukan sesuatu perkara. Cuma bahagian lain di badan saya akan berpeluh berlebihan. Setakat ini, semuanya sangat baik.

Wong

Keadaan tapak tangan Wong sebelum pembedahan

Keadaan tapak tangan Lim sebelum pembedahan

Keadaan tapak tangan Lim sebelum pembedahan